Assalamualaikum.
Jumaat.
![]() |
Aku dan Taty akan cepat-cepat lari bila ada maskod datang ke arah kami. Lagi-lagi maskod yang berkepala harimau. |
kenapa?
aku dulu bermula dengan membaca novel cinta popular sebelum aku mengenali dunia sastera.
novel-novel cinta adalah tarikan utama para pelajar untuk berkunjung ke perpustakaan sekolah. Dulu masa aku jadi perpustakawan, sekolah banyak membeli berbakul-bakul novel popular. Rak-rak buku banyak dipenuhi dengan novel sebegitu dan realitinya, rak yang menempatkan novel popular itulah yang selalu menjadi tarikan pelajar untuk meminjam.
"Kalau tak ada novel macam tu, budak-budak sekolah ni tak masuk library agaknya." - kata Cikgu Zarina sambil mengeluh.
hmm.
itu hakikat. Tapi sekolah sepatutnya menyediakan buku-buku yang berkualiti untuk tahap umur, pemikiran dan keperluan pelajar dan mengurangkan novel cinta picisan. Kita pun kena tahu bukan semua pelajar minat dengan sastera. Mereka suka membaca, tapi bacaan yang bermakna tapi santai. Disebabkan kami budak sains, kami suka baca novel-novel Hlovate yang karyanya selalu diselitkan dengan nota tambahan Kimia, fizik dan addmaths. Aku sangat hargai KOMSAS, kerana menyeimbangkan situasi yang berlaku pada masa tu.
"Novel popular mempunyai khalayaknya sendiri dan novel sastera serius mempunyai pengikutnya yang tersendiri." - Sri Diah.
"Soal sastera picisan atau novel cinta popular, jika tidak kalian mahu dekati mereka dan menunjuk arah, usah pula dicemuh. Selagi bacaan itu mengundang "rasa" (yang tidak seharusnya ditafsirkan hedonisme semata), ia telah membina nilai dalam diri. Dakwah pun ada peringkat dan khalayak pada cara dan usahanya, demikian sastera." - Wan Zaida.
sumber: fesbuk.
buku tetap buku. karya tetap karya. cuma yang membezakan antara keduanya adalah nilainya. yang penting, kenalah pandai pilih buku. Setiap buku ada ilmu walaupun sedikit.
paling best bila shoping buku di kedai buku yang ada aircond. Bila suasana dan tempat sejuk dan selesa baru la ada feeling nak bercinta dengan buku. hehe. Tengah hari tu panas membahang, dan gerimis turun di hujung petang. alhamdulillah
Sabtu.
Pesta yang paling best adalah pesta buku. Lagi best bila dapat shopping, jalan-jalan tengok buku dengan kawan yang sama jiwa, yang sama-sama pencinta buku, pencinta ilmu. Lagilah best bila ada kawan yang sama-sama suka genre buku yang kita suka, yang jadi guide untuk mencari booth sambil menunjuk, mencadangkan dan pada masa yang sama jadi promoter buku untuk memilih buku-buku yang best dan bagus untuk dibaca. Terima kasih kak Jamilah yang baik hati. Terima kasih Taty dan Adah yang sudi menemani. Terima kasih abang Pitri yang katanya nak bagi buku yang dah lama kita cari :D
Pesta buku 1Msia tak la semeriah pesta buku antarabangsa. Ruang booth pun tidak terlalu banyak. Dan sebenarnya ada beberapa buah buku yang dicari tapi sudah kehabisan stok. hmm. Apa pun, ia tetap best buat para pencinta buku!
Oklah, sekarang nak save bajet untuk kliBF 2013 bulan April nanti. :)
p/s: semasa membelek-belek buku yang ingin dibeli, tiba-tiba bertanya pada diri, bila nak tulis buku sendiri?
err
Nur Suhada, sila jawab dalam hati. Satu hari nanti. Semoga Tuhan merealitikan mimpi. Semoga.
p/s: semasa membelek-belek buku yang ingin dibeli, tiba-tiba bertanya pada diri, bila nak tulis buku sendiri?
err
Nur Suhada, sila jawab dalam hati. Satu hari nanti. Semoga Tuhan merealitikan mimpi. Semoga.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar