Khamis, 14 Feb 2013
Hari itu, hujan lebat yang turun tidak menghalangiku untuk ke Balai Seni Visual Negara (BSVN). Aku mengikuti teman sekelasku, Kak Shikin yang menemani seorang kawannya yang juga seorang pelukis dan peminat lukisan Latiff Mohidin. Aku memang meminati seni lukisan dan sudah lama berhajat untuk ke BSVN (ingin mengamati hasil karya beliau dan bertemu dengan Latiff Mohidin juga). Dan alhamdulillah, berpeluang bertemu dengan beliau buat pertama kali dan sempat mendapatkan autograf eksklusifnya. Pak Latiff, beliau begitu mesra dengan peminatnya. :)
Sungai Mekong
kupilih namamu kerana aku begitu sepi,
kan kubenamkan dadaku ke dadamu,
kaki kananku ke bulan, kaki kiriku ke matahari,
kan kuhanyutkan hatiku ke kalimu
namaku ke muara, suaraku ke gunung.
Puisi bertajuk Sungai Mekong yang telah berusia hampir lima dekad ini adalah hasil nukilan Latiff Mohidin yang begitu mengesankan.
![]() |
Mingguan Malaysia, 16 Disember 2012 |
Kami melawat ke Pameran 60 tahun Latiff Mohidin RETROSPEKTIF di Galeri 2A, 2B, 3A & 3B, BSVN yang mempamerkan sejumlah 344 buah karya termasuk lukisan, catan, cetakan dan arca. Aku tidak menghiraukan kain skirtku yang hampir basah lencun kerana terlalu teruja untuk menghayati karya lukisannya yang begitu futuristik. Karya-karya agungnya terhasil daripada kata-kata dan palitan warna untuk menceritakan pelbagai perspektif seni sejak tahun 1960-an lagi.
Pendokumentasian visual, berupa himpunan illustrasi kulit depan buku-buku puisi dan penerbitan lain hasil karya Latiff juga turut dipamerkan. |
Dalam bidang seni lukis, beliau mula berkarya sejak tahun 1951. Melalui siri lukisannya seperti Pago-Pago, Mindscap dan Langkawi yang aku perhati, amati, sentuhi dan rasai dengan hati. Sungguh, tidak mudah untuk merungkai rahsia dan kisah yang tersirat di balik hasil lukisannya yang sarat dengan perlambangan dan makna terutamanya Pago-pago. Dan aku bukanlah pemerhati lukisan yang tajam.
Pameran itu dibahagikan kepada tiga period masa yang menggambarkan tahap perkembangan artistik Latiff, iaitu Period Formatif - waktu mula mengenal, mempelajari dan meneroka dunia seni rupa, Period Medatif -waktu mendalami peranan dan tanggungjawab beliau sebagai seoarang seniman dan Period Gestural - waktu karya, samada karya seni rupa atau sastera, menunjukkan kematangan dari segi aspek tema, gubahan dan teknik.
Pameran itu dibahagikan kepada tiga period masa yang menggambarkan tahap perkembangan artistik Latiff, iaitu Period Formatif - waktu mula mengenal, mempelajari dan meneroka dunia seni rupa, Period Medatif -waktu mendalami peranan dan tanggungjawab beliau sebagai seoarang seniman dan Period Gestural - waktu karya, samada karya seni rupa atau sastera, menunjukkan kematangan dari segi aspek tema, gubahan dan teknik.
![]() |
Antara lukisan yang dipamerkan |
Arca |
Aku paling suka dengan lukisan di bawah ini! Lama aku mengamati lukisan yang bertajuk Surah AN-NUR 24 yang dihasilkan oleh Latiff Mohidin pada tahun 1991. Memerhati sesebuah lukisan, perasaannya tidak sama ketika membaca sesebuah buku. Sukar untuk membaca rahsia dan tafsiran dalam sebuah bingkai lukisan yang tercoret dalam warna-warna, garisan, bentuk yang dilakarkan.
Latiff Mohidin, dialah penyair-
kata-kata adalah makna
dialah pelukis-
palitan warna adalah kehidupan.
p/s: Pameran ini akan berlangsung sehingga 13 Jun 2013.
Boleh saya tahu apa maksud yang ingin disampaikan oleh beliau melalui kerya beliau iaitu Pago-Pago
BalasHapus