Senin, 07 Januari 2013

Happy Birthday, Nur Suhada

Assalamualaikum.

Berdiri di puncak usia remaja
seperti menawarkan aku
hakikat menuju kedewasaan
yang terbela di sebalik kemanjaan.

Ahad, 6 Januari 2013.
 
Sungguh, umur itu bila telah gugur salah satu daunnya, maka ia tidak akan pernah kembali lagi. Namun setiap musim semi, daun-daun yang baru nan segar akan tumbuh. Maka, lihatlah daun-daun yang menutupi wajah langit itu dan biarkan daun yang gugur itu ke bumi, kerana ia telah menjadi sebahagian dari bumi.

Bila hari semalam beranjak meninggalkan aku, maka di hadapanku ada hari ini.

6 Januari 1992 – 6 Januari 2013

Genap 21 tahun.

Alhamdulillah. 

Thanks to ALLAH.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak.” (Ar-Rum: 20)

insan-insan yang sentiasa kucintai;

emak; yang melahirkan aku, rafiq teragung dalam hidup, srikandi di hati, guru terbaik, doktor perawat sukma yang mujarab

abah; yang membesarkan aku, pemimpin hidupku, bicara bersulam nasihat adalah keteguhan semangatku

kakak dan abang; yang menjagaku, yang sentiasa menjunjung dulang cinta yang satu 

sahabat dan teman-teman; yang baik hati yang selalu ada disisi, di hati

dan

terima kasih kalian, saudara, kenalan, cikgu, pensyarah dan sesiapa jua yang selalu mengingati tarikh 6 Januari dengan ungkapan doa dan selamat;

“Selamat hari ulangtahun, Nur Suhada.” 


Aku mahu meraikannya dengan kesyukuran atas setiap nafas yang aku hembuskan. Tiada nikmat yang paling bermakna selain umur yang diberkati oleh-Nya. 

p/s: 6 Januari bermula semester 4. :) 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar