Assalamualaikum.
Aku menaip entri ini dengan lapang dada, dengan senyum berbunga ceria. Exam selesai sudah semalam. Bahagianya tak tergambar dengan kata-kata. Hehe. Alhamdulillah syukur, selamat bermula dan berakhir pengajianku untuk semester ini. Begitu banyak yang aku timba, yang aku terima - baik ilmu, pengalaman dan bermacam kenangan. Walaupun aku rasa waktu enam bulan tu macam enam hari. Sekejap sangat. Macam tak sempat nak belajar tulis skrip. Tulis treatment pun tak lepas lagi, ngehehe. Tak apa, next sem ada lagi insyaAllah. Makanya aku harus hargai detik-detik semester tiga yang aku lalui ini dengan memanfaatkan segala yang diperolehi dengan penuh ilmu, makna dan hikmah. :')
Selepas exam...
"Mak, periksa dah habis. Nak balik! Nak balik!"
dah tak ada benda yang difikir selain nak balik. hahaha
"Nak balik sendiri ke nak ambik?"
"Mak ambiklah..."
"Iya... tapi kata hari tu ada kerja yang belum siap?"
"Aaaaa aah, tinggal lagi satu. Minggu depan hantar." *mulai sebak. punah harapan nak balik cepat. iskk T___T
Baiklah, sekarang ni aku harus bertapa semula untuk menyiapkan satu tugasan akhir sebelum pulang. Penulisan Skrip Drama Televisyen - 90 halaman. Jadi, benarlah ketika aku di hujung exam, di hujung kuliah, di hujung tahun, hakikatnya ada yang baru bermula. Tulis tulis tulis, skrip skrip skrip! :D
Berbanding menulis skrip drama pentas (yang selamat dihantar semalam), penulisan telemovie walaupun lebih kompleks tapi rasa 'penyatuan jiwa dan ilham' itu berbeza. ecehh. Untuk mempelajari penulis skrip, semuanya harus bermula memahamai struktur Aristotle Poetics (kaedah bagaimana mencipta plot sebuah cerita dramatik). Peka terhadap nilai intelektual dan emosional dalam karya itu juga perlu sentiasa ada. Yang ditulis bukan sekadar cerita, tentunya makna yang lebih utama.
Selepas membuat sinopsis dan menyediakan latar watak, bermulalah proses membuat treatment 70 babak. Ha di sinilah kita akan lihat perjalanan cerita babak demi babak. Macam storyboard jugalah, melalui treatment, isu-isu masalah jalan cerita dapat diselesaikan dan dapat mengenalpasti kesilapan dan kelemahan dalam setiap babak. Tengok ajelah treatment aku, ada yang ditanda ✓ dan ada anak panah berserta contengan tulisan kecil. Hehehe terima kasih Kak Jas atas tunjuk ajarnya. :')
Sambil membuat pembetulan treatment, aku cuba membayangkan kalau babak demi babak yang aku lakarkan ini divisualkan di skrin. Hehh berangannnn ^^
Seronok belajar tulis skrip dengan Kak Siti Jasmina yang sporting. Sesuatu yang baru sebenarnya apabila idea tidak lagi diterjemahkan melalui prosa tapi melalui skrip. Semasa menulis, aku selalu ingatkan diri sendiri jangan tulis ayat panjang lebar, berjela-jela macam tulis cerpen tu. heee
Oklah, aku harus hanyut dalam muara karya. Harapnya, dapatlah merasai katarsis seperti yang dinyatakan oleh Aristotle sebagai (perjernihan emosi dan spiritual). Selamat malam dan selamat menulis. :)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar